
aku memulakan kembara kecil seminggu selepas meninjau gunung ledang, kali ini lokasi yang dituju adalah hutan batu metropolitan kL... ada beberapa program seni disana yang menarik minat aku antaranya... kLpac.urbanscape 2010. begitu banyak program seni genre semasa yang telah diatur di kLpac, kebetulan ramai member2 lama yang berpameran disana... antaranya karya+ rupajiwa+ asasku... adajuga program filem retrospective untuk yasmin ahmad, program urbanscape ini dijalankan serentak bersepah diserata kLpac, so pada hari tersebut aku lebih bertumpu pada pentas konsert di sebelah tasik kLpac... dibawah sedikit sebanyak foto yang sempat dirakam... (kombinasi kamera nxum+ yap+ juga percubaan mel untuk try2 jadi shooter... sila right-click mouse dan tekan open link in new tab untuk view yg lebih gerrek)

foto diatas: aku di booth karya bersama lin+ epy juga permandangan main stage urbanscape, memang santai dan selesa persekitaran kLpac ini...
foto diatas: liyana.fizi yang sebelum ini bersama band estrella tapi sekarang sudah bergerak solo dan juga jason dari band layan sound systemfoto diatas: band seven collar tshirt dan juga najwa
foto diatas: band monoloque yang beraksi dalam auditorium kLpac, loque berkolaborasi bersama january.low (aku ada merakam video lagu jika aku seorang robot yang akan aku upload kemudian di youtube) dan juga yuna yang sedang bermenung berfikir tentang apa entah...
selesai saja persembahan band bittersweet, aku+ yap+ mel+ atiq bergerak menuju ke pJ, william time, kerana perot masing2 suda beberapa kali memperdengarkan konsert keroncong... yang kelakarnya, yap cakap besar mengatakan dia boleh habiskan menu yang di order... tapi realitinya, ahaha... kencundang juga, begitu juga mel+ atiq... eerr aku juga, siap suruh william packing untuk bawa ke rumah... entah apa2 la makan kat william pun nak bungkus... aiseyh
dan untuk menyama-ratakan antara urban dan nature, maka kami sepakat untuk meninjau bukit tabur yang terletak di kawasan hutan simpan gombak berhampiran dengan empangan air klang... dekat saja dengan rumah yap, kira2 10 minit suda sampai kepintu rimba bk.tabur... kami mula bergerak pada jam 6.30am.. diawal pendakian, peluh suda mula mencurah, nafas mencungap kerana trek dah mula mencanak, memang kebiasaan bukit di-rintis sedemikian untuk memendekan jarak ke puncak... kira2 20minit kemudian, kami sampai ke check point pertama, view sangat superb... dapat dilihat dengan jelas metropolitan kL di sebelah kanan permatang dan permandangan indah empangan klang di sebalah kiri permatang... tapi sayang terlalu banyak awan muncul yang menyebabkan hasrat kami untuk menikmati sunrise x-dapat dicapai, hanya sekadar cahaya samar2 mentari menembusi celah2 awan... pada pandangan aku, view berkabus juga menarik... memang chun

foto diatas: aku sengaja membiarkan foto2 diatas menceritakan sendiri keindahan alam di bukit tabur... aku memang suggest kepada semua yang cintakan alam, tinjau2 lah ke bk.tabur, pasti tidak menyesal kerana view yang tersaji sangat memukau, mungkin lebih seronok jika dapat menikmati sunrise menyinar gelap... kali ini awan mendung, mungkin lain kali aku akan kembali lagi menikmati view yang indah ini...

foto diatas: setelah beberapa kali naik turun bukit, kami lepak sebentar pada bukit yang paling terakhir, view di kawasan ini penuh dengan giant2 bonzai dan lantai rimbanya dipenuhi dengan lumut yang segar... kelihatan yap sedang menasihati mel tentang penghayatan seni, mari aku ceritakan semula apa yang kami bualkan... (berkisar tentang cara menghayati seni)... lebih kurang begini, bukan 100% ayat nya tepat...
yap: aku tengok ko nh mel, gaya ko keras la, ko perlu lebih relax...cool
nxum: yelah mel... kalo ko relax barulah dapat njoy alam... seni nh perlu datang sendiri
mel: eyhh... aku dulu pernah main theatre lah! (gaya x-puas hati)
nxum: haa chun aa tuh, basic dah ada tapi gaya ko kenapa keras jew... relax beb, let it go (aku rasa bila mel dah kembali ke jB nanti, mesti banyak perubahan pada dia..for sure)
dan setelah hangout diatas, kami mula turun ke bawah semula, jam menunjukan 11am, kami perlu pantas kerana keretapi balik ke jB, bertolak jam 2pm... sengaja aku mempengaruhi mel untuk menaiki keretapi tanah melayu kerana naik bas sangat membosankan... statik dan tidak bebas, meskipun jarak perjalanan memakan masa 6jam dari kL ke jB... tapi lebih seronok jika menaiki keretapi...
kembara kecil aku kali ini sangat padat tapi menyeronokan... lebih2 lagi dapat menyaksikan shows monoloque di kLpac dan menikmati keindahan bk.tabur yang sememangnya superb...






2 comments:
aku suka la gambar yang ada asap rokok tu..
gambar menarik-menarik la...keep up u'r good work......
love this!
Post a Comment