
hari yang dinanti pun tiba, memang dah lama aku tunggu saat untuk meninjau gunung ledang nh, sebelum nh ada saja hal yang datang cross, mungkin ada hikmah dilambatkan niat aku untuk melihat keindahan gunung ledang... kebetulan ada rakan (along) yang setting trip, aku pun terus setuju... cuma along pilih trek yang jarang2 pendaki pilih iaitu trek jementah/ trek permata kerana mengikut kata pak aziz (antara perintis yang buka trek permata), trek ini sangat panjang, perlukan stamina yang mantap kerana 2hari penuh menapak, memanjat, menyusup merangkak celah2 dahan, menyondol onak2 duri rotan dan mengkuang... juga menyusur permatang... telah diberitahu dari awal, di sepanjang trek jementah ini ada perkampungan dan istana bunian, maka sebarang aktiviti memotong, mencantas, menakik, menebang tumbuhan adalah dilarang sama sekali, selagi boleh dielak, maka cuba lah mengelak...
foto di atas: antara line-up yang turut serta dari kiri: rain+ amy+ ely+ bigshow+ nxum+ poncho+ lyn+ jast+ azmi+ along+ ayus+ jo+ peo
kami sampai ke pintu rimba jementah dalam jam 2am++ hari sabtu, setelah poncho dan along mengagihkan ration makanan seramai 13org maka semua pun berebut lah macam budak2 sekolah rendah beli makanan di kantin, dan kami pun berehat tidur menunggu pagi... setelah bangun dan bersarapan, pak aziz menerangkan susur2 trek yang akan kami lalui dan mengenalkan guide yang akan menunjuk arah iaitu hafiz dan shah/popeye... ok sempoi dan friendly jugak diorg nh, bestlah... begini serba sedikit susur trek jementah: pintu rimba> jeram tinggi> simpang tiga jumaat> jeram air sedap> puncak jementah> puncak 3244(campsite)> puncak mahligai> anak mahligai> puncak batu kapal> batu gondol> puncak ledang/ophir...
foto di atas: di atas puncak mahligai, di situ sayup2 kelihatan puncak ledang (4187ft/ 1276m) yang telah aku tandakan dengan line merah kerana puncak telah disalut awan tebal...
foto di atas: berposing di atas puncak batu kapal... dari sini lebih jelas kelihatan puncak yang di idam iaitu puncak ledang... pergh nampak macam jauh lagi perjalanan...

foto diatas: akhirnya sampai juga ke puncak ledang kira2 jam berapa entah... semua selamat sampai ke atas kecuali along+ ayus yang suka sangat melepak chill di puncak batu kapal, di sana lebih indah landscape katanya... tapi mmg betul pun cakap mereka, puncak ledang sekadar penuh dengan batu2 kosong, view yang lebih menarik adalah dari puncak batu kapal...
foto di atas: aku ada menyimpan sedikit kenangan yang pastinya klasik pada buku travel journal tamanegara ledang, cuma matahari itu hasil tangan dari jo... comel juga hasil sketch nh...
total perjalanan kami adalah 2hari satu malam, dan bermalam di puncak 3244, sorry tiada foto tempat bercamping+ sunset kerana malas...haha sepanjang trip ini, aku sangat kuat makan dan kuat tidur, mungkin kerana suasana sejuk dan nyaman pergunungan membuai2 aku, so aku layankan saja perasaan indah itu...chill...
4 comments:
itu bukan matahari la...
kan..aku dah cakap..orang selalu salah anggap. kalau aku lukis lembu, orang kata aku lukis ayam.
ler bukan matahari ke..? abistu menatang apa yg bulat2 atas gunung...?
bulat-bulat atas gunung?
err....ape ek?
itu awan jahat la weih
Post a Comment