
renyai2 pagi ini, aku bangun dengan sedikit mamai, trus on pc, layan mp3 'the string quartet' yang baru download semalam... mmg aku pengemar muzik2 yang gunakan instrument, lebih2 lagi kalau yang pure ethnic, rindu pulak pada 'rainforest world music festival'... okay pagi ni aku layan 'the string quartet tribute to radiohead'- album oK computer.... mmg superB... terus aku hanyut dalam emosi, mmg lagu2 radiohead sangat misteri... tiba2 terbayang...
dalam khayalan aku pagi ini,
kembali muncul cahaya kelmarin,
berteman irama latar radiohead yang misteri,
kau melintas menari-nari,
dan kembali hilang...
bikin hati aku bergetar,
sekarang hanya bayang yang dapat ku layan,
hanya samar2 cahaya yang dapat ku gambar...
oi cahaya, kalau dapat kau dengar ini,
engkau yang seorang misteri,
menganggu kitaran hidup normal ku,
aku harap kau akan tetap seperti itu,
kerana bila kita dapat bertemu,
akan aku peluk tiada lepas,
ingin aku leraikan ikatan2 yang tersimpul rumit...
dalam hati,
engkau perlu bantu aku,
kerana kau,
kerana engkau yang datang dulu,
menganggu emosi aku,
menyapa hati aku,
walaupun hanya bayangan cahaya mu itu,
senjata mu tetap tajam,
senjata mata mu memukau,
senjata lenggok mu membawa igau,
aku kagum dengan parasmu,
kagum dengan dirimu,
kagum dengan watakmu,
wahai cahaya,
tetaplah engkau seperti itu,
engkau yang seorang misteri...
2 comments:
manusia atau kebendaan???
mungkin ko kena baca yang part 01 dlu aar hajar.. baru ko paham... ko cari kat label puisi dalam mosaic label tu...
Post a Comment