
minggu2 yang di-iringi cuaca yang indah tidak aku sia2kan... kebetulan ada rakan lama yang turun mersing- kota tinggi pada minggu yang sama, so aku+ topek pun join sama dengan diaorg (linn+ ben+ yan+ babu+ golok), awalnya nak gather sama2 di mersing dan panjat g.arong, tapi ditukar ke kota tinggi sahaja... so aku+topek menunggu mereka tiba dari mersing dan kami pakat berjumpa di kaki g.panti dan ber-camping di bk.sisek, kemudian keesokkan hari baru memanjat g.panti... sedikit kesal kerana x-dapat join mereka menikmati panorama di g.arong...
setelah berjumpa di kota tinggi, kami makan bersama di hentian panti kg.lukut, sebelum bertolak menuju ke bukit sisek untuk bermalam disitu... sebelum itu, linn telah membakar rakan2 nya yang lain dengan menceritakan keindahan waterfall bukit sisek, ini menyebabkan babu+yann+golok+ben semakin tidak sabar untuk tiba disana untuk menikmati sendiri keindahan yang linn telah sebarkan... haha relax2..chill kami tiba lewat ke pintu rimba kerana masalah untuk menyimpan ryder tungangan aku+topek, langit telah pun gelap, masing2 bersedia dengan torch light masing2, dan kami mula menapak menuju ke tempat perkhemahan..

foto diatas: travelogue aku yang aku kalerkan menggunakan software PS kerana aku travel x-bawa watercolor... ini sebahagian saja kerana yang lain2 rosak kerana basah, travelogue aku jatuh ke dalam sungai... nanti bila rajin aku lukis semula...

foto diatas: sambil menikmati alunan orkestra alam hasil sumbangan cengkerik dan katak serta haiwan2 lain yang saling sahut menyahut, aku layan bersiram cahaya di bukit sisek... ray-light yang datang sekejap saja, tidak aku lepaskan saat2 datangnya cahaya itu... rugi kalau di sia2kan... so aku pun berlari2 mengejar ray-light tersebut...Njoy

foto diatas: kami memotret bersama selepas keluar dari bukit sisek waterfall, setelah bermalam di dalam sana, di tepi sungai yang sejuk lagi jernih... setelah bersarapan dan mandi2 sambil terjun aksi gaya bebas, kami bersiap sedia untuk memanjat gunung panti pula... juga saksikan keindahan waterfall di bukit sisek, sungguh virgin, sungguh nyaman udara disana... apalagi view2 indah di dalam hutan, superb! sebelum bergerak keluar dari bukit sisek, kami bertembung dengan group budak2 sekolah nanyang, singapura... ramai betul group mereka..fuu


foto diatas: di puncak g.panti bersama rakan, suasana sejuk, pokok2 bonzai diselubungi kabus puteh tebal, mmg serious syiok... sekali lagi kami bertemu dengan budak2 sekolah nanyang di gunung panti, agaknya satu sekolah mereka datang beriadah di kota tinggi... ramai betul... bila dah ramai, mula laa traffic-jam di gunung... tension sekejap bila terpaksa menunggu giliran unutk sampai ke puncak...


foto diatas: last memotret bersama di bandar kota tinggi bersama ryder tunggangan... setelah diner bersama di restoren hasan ong, restoren chinese muslim, the best! suasana sayu untuk berpisah.. setelah beraksi di depan kamera, kami bersalam dan menuju kerumah masing2, sememangnya trip kali ini sangat klasik kerana rakan2 semuanya sempoi, peramah dan sangat happy go lucky... walaupun aku+topek x-dapat bersama mereka untuk njoy memanjat bukit arong di mersing...tapi trip ini sangat menyeronokkan... rakan2 yang turut serta dalam tinjauan kali ini adalah... dari kiri linn +golok +babu +yann +ben +topek +nxum...


3 comments:
nice sketches...
tulisan xsomel....;p
mane mane mane bulan + bintang?
haha, gigil sejuk, itulah hasil tulisan bila tangan terketar2..
sketches lain sudah rabak, basah jatuh dalam sungai... mmmm,nextime aku kena bawak kanvas + kaler guna acrylic la, baru waterproof...
bagus2..teruskan usehe anda...
draw mahligai same ledang lak nxum...
Post a Comment