mula wujud satu rasa,ceria muncul dari dalam,
tak kala terlihat kelibat cahaya,
tapi sayang...
jiwa ini awannya tebal,
penuh disalut gelap semalam,
perlu masa, perlu waktu,
tak mahu wujud perasaan paksa...
mata ini melaut jauh,
jiwa dalam tak reti diam,
wujud suara, muncul rasa,
meronta...minta dilepas,
minta segera dilerai rantai,
rantai yang aku sendiri pateri,
perlu tenaga,
perlu semangat,
perlu wujud keikhlasan yang tulus,
dari dalam...
tak perlu tergesa2...
biar, kata ku biar...
ikhlas perlu datang sendiri,
dengan harapan cahaya kan sentiasa wujud,
setia disana, menyuluh segar...

1 comments:
jatuh chenta-kah?
Post a Comment