Sunday, April 18, 2010

perjalanan itu satu eksplorasi

perjalanan.../journey/ berjalai/ meninjau/ melawat/ menziarah/ dan seterusnya...
ada yang suka pergi secara berkumpulan, beramai-ramai, tp aku lebih selesa bersama dua atau tiga rakan yang sehati sejiwa, lebih elok juga mencari rakan baru dalam perjalanan...

selalu aku ditanya tentang mengapa aku suka sangat berjalan, jawapannya simple, aku cepat bosan dengan kehidupan yang statik, aku mudah bosan dengan perbualan yang berulang, aku akan terasa bosan bila membuat aktiviti yang tiada progress...

maka aku mula membuat eksplorasi dalam semua hal kehidupan, bermula dengan pergaulan, perbualan, cara berfikir, cara menyelesaikan masalah, cara menikmati kehidupan dan juga cara mendekati-Nya...

semakin aku berfikir, semakin aku dapat rasakan betapa kerdilnya diri berbanding dengan ciptaan-Nya yang lain. aku selalu tertarik pada sesuatu yang bersaiz besar/ gigantic seperti gunung, lautan, kadangkala awan...yaa aku selalu terasa ingin menjelajah ke awan, betapa indahnya ciptaan tuhan di dunia ini...aku perlu lihat semuanya.

adalah satu kerugian yang besar jika aku hanya menjalani kehidupan seperti kebiasaan, sememangnya satu kerugian yang hebat bagi aku, aku perlu banyak meninjau, aku perlu lebih banyak membuat ekspedisi... kerana perjalanan itu satu eksplorasi.../
foto diatas: menapak dari Tekek ke Juara pulau Tioman...

1 comments:

Nashuha said...

tp aku lebih selesa bersama dua atau tiga rakan yang sehati sejiwa (Nxum, 2010)

heyy, sy setuju ini~ hahaha....

Post a Comment